Kenapa Gambar Kakitangan Sebenar Lebih Berkesan Berbanding Gambar Stok dalam Pemasaran?
Masih guna gambar stok untuk wakili syarikat anda? Mesej yang anda hantar mungkin tak kena.
Gambar sebenar staf anda bina kepercayaan, tarik perhatian, dan bantu tingkatkan jualan. Kajian daripada Getty Images menunjukkan 98% pengguna lebih percaya pada jenama yang guna gambar asli.
Gambar staf sebenar jadikan jenama anda lebih mesra.
Gambar stok? Orang akan kurang percaya.
Kenapa Wajah Sebenar Lebih Berkesan
Kepercayaan: Orang lebih mudah “connect” dengan wajah sebenar. Kajian eye-tracking tunjuk pengguna abaikan gambar stok, tapi fokus pada gambar orang yang sebenar.
Lebih Dekat di Hati: Cerita jenama anda unik. Gambar sebenar bantu sampaikan mesej brand dengan betul. Gambar stok nampak hambar dan orang mudah tak ingatkan brand anda.
Hasil Yang Terbukti
Tukar gambar stok kepada gambar sebenar hasilkan:
35% lebih banyak penukaran (conversion) dalam ujian A/B.
45% lebih banyak permintaan sebut harga untuk syarikat penghantaran yang guna gambar pasukan sebenar.
Lebih banyak klik, masa lebih lama di laman web, dan respon yang lebih kuat.
Bina Budaya dari Dalam
Gambar sebenar bukan sekadar untuk pemasaran. Ia naikkan semangat pasukan.
Staf rasa dihargai bila ditampilkan.
Mereka lebih cenderung untuk kongsikan kandungan syarikat.
Calon pekerja dapat gambaran sebenar budaya kerja anda.
Bantu Jenama Anda Lebih Menonjol
Gambar asli jadikan jenama anda lain dari yang lain. Gambar stok digunakan oleh ramai dan tidak ekslusif.
Enjin carian suka kandungan yang asli.
Gambar sebenar bantu naikkan SEO dan tarik pengunjung untuk layari web syarikat anda lebih lama.
Tip Gambar Syarikat yang Lebih Berkesan
Rancang dahulu: Tahu mesej dan emosi yang anda nak tunjuk.
Biarkan semula jadi: Rakam momen sebenar, bukan sekadar potret formal.
Tunjuk kepelbagaian: Staf anda cerminkan nilai syarikat.
Pastikan gambar bersih dan jelas: Pencahayaan, latar belakang dan resolusi penting.
Libatkan staf: Biar seronok. Ajak mereka terlibat dalam proses.
Dapatkan khidmat jurufoto professional
Sumber Rujukan:
Getty Images Research on Visual Authenticity - https://newsroom.gettyimages.com/en/getty-images/nearly-90-of-consumers-want-transparency-on-ai-images-finds-getty-images-report
Nielsen Norman Group - https://www.nngroup.com/articles/photos-as-web-content/
MarketingExperiments A/B Test Case Study - https://marketingexperiments.com/digital-advertising/stock-images-tested#:~:text=So%20what%20were%20the%20results%3F,optimization%20cycle
Sprout Social Insights on Authenticity and Engagement - https://sproutsocial.com/insights/data/social-media-trends/
Content Marketing Institute - https://contentmarketinginstitute.com/articles/stop-using-stock-photos/
Google Search Central Blog - https://developers.google.com/search/blog/2020/02/things-we-avoid-in-images
Brafton Marketing Study - https://www.brafton.com/blog/visual-content/stock-vs-original-images/
HubSpot Research - https://blog.hubspot.com/marketing/custom-vs-stock-images
https://www.business.com/articles/stock-photography-is-ineffective-why-are-you-still-using-it
Kesimpulan
Orang beli daripada orang.
Kalau nak jenama anda rasa lebih ‘hidup’, tunjukkan orang sebenar di sebaliknya.
Sama ada anda syarikat SME atau tersenarai di bursa, gambar asli bantu pelanggan rasa lebih dekat, bina kepercayaan, dan beri kelebihan dalam pemasaran.

Hi. Saya Hafiz.
Saya seorang fotografer professional berlokasi di Kuala Lumpur, Malaysia.
Saya mempunyai pengalaman selama 19 tahun.
Saya telah menolong banyak syarikat dan individu.
Solusi apa yang saya berikan?
Gambar Korporat untuk syarikat kecil, sederhana dan besar
Gambar Hartanah - luaran, dalaman seperti bungalow, kondo dan hotel.
Gambar Potret Bisnes - Linkedin, Facebook dan media sosial yang lain.
Saya telah tolong banyak syarikat.
19 tahun mencipta imej untuk syarikat-syarikat lokal dan antarabangsa - antaranya….
Apa kata mereka?
“I seriously dont mind using his service again and fly him everywhere for the professional work he has done to my company”
— Eva, Ceritera Travels Sdn Bhd
“His photos have an impact in directly translating to sales for my business.”
— Zikri, Mesra Rehat Sdn Bhd